Thursday, August 27, 2009

AVAILABLE FOR ORDER - AIDILFITRI

Gee's Bakery
Lovely choc tart
RM24.00 (50biji)




Jalinan Keju
RM21.00 (50biji)







Mocha Delight
RM21.00 (50biji)


Oat Susu
RM22.00 (50biji)






Coffee oat
RM20.00 (50biji)



Almond Rice
RM20.00 (50biji)



Almond Choc Tart
RM26.00 (50biji)

ORDER NOW!
COOKIES SUPPLY FROM GEE'S BAKERY
online order : miela1975@gmail.com
call - 013 4303292

Wednesday, August 26, 2009

KEK BATIK




Cara :




1 butter apa-apa brand pun boleh. ( bukan produk Denmark ye !)


2 packet biskut Marie jenis biasa (saya guna 1 biasa, 1 perisa kopi)1 tin susu cair1 tin susu pekat manis1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas1 cawan nestum




Cara :


1. Patahkan biskut kepada 2.


2. Buka tin kedua-dua jenis susu.


3. Panaskan kuali dan masukkan butter.


4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.


5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.


6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.


7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.


8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.

KEK MENTEGA




BAHANNYA




1 buku butter


1 gelas gula castor


6 biji telur A


2 gelas self raising flour, diayak 2 kali


3 sudu besar fresh milksedikit esen vanilla




Cara:




1. Pukul butter dan gula hingga kembang


2. Masukkan telur sebiji, sebiji sambil pukul


3. Bila adunan sudah cukup kembang, masukkan tepung


4. Masukkan fresh milk dan vanilla


5. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 1 jam, 180c




Boleh divariasikan jadi Kek Ceri (letak ceri), Kek Buah (letak buah-buahan kering), Kek Marble (bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak warna coklat dan merah. Satu bahagian biarkan tanpa letak apa-apa warna. Letak satu senduk adunan, diselangseli dengan berbagai warna)

Tuesday, August 25, 2009

ALMOND LONDON


Bahan:
250 gm mentega
130 gm gula icing
450 gm cookie flour atau tepung hongkong
2 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
badam (toasted whole almonds)
badam (toasted nibbed almonds)
cooking chocolate (putih dan biasa)
paper cups
Cara:
1. Pukul mentega dengan gula icing hingga kembang dan ringan
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebentar
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Ambil sedikit tepung dan masukkan badam didalamnya. Buat bujur-bujur. Habiskan dan bakar dengan api 180C selama 15 minit.
5. Sejukkan dan bahagi kepada 2 bahagian. (Resepi ini menghasilkan lebih kurang 110 cookies)
6. Cairkan chocolate biasa dalam double boiler. Kalau tak de, panaskan air dalam fryingpan dan letak periuk bertangkai atasnya. Bila chocolate telah cair sempurna, celupkan cookies yang telah sejuk, masukkan dalam paper cup dan hiaskan dengan nibbed almond. Buat hingga habis separuh cookies. Ulangi proses yang sama dengan white chocolate, tp letak thousand-thousand (chocolate rice yg kaler-kaler tu)

Ayam 3 Rasa Syg


BAHANNYA


½ ekor ayam - dipotong

½biji bwg besar - di hiris minyak untuk menumis

3 ulas bwg merah kecil - di hiris

4 ulas bwg putih - dihiris

halia sebesar ibu jar - dihirs

1 btg serai - di hiris garam

dan aji ½ cwn air

2 sudu mkn lada kisar

1 sudu kcl serbuk kunyit

2 sudu mkn serbuk kari babas (hijau)

2 sudu mkn sos tiram

2 sudu mkn kicap manis

3 biji tamato - di potong dua


CARA MEMBUATNYA

Tumiskan minyak, masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau, kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak. masuk ayam, garam & aji dan masukan air. setelah hampir masak masukan tomato. Sedia untuk di hidang.

Ayam Masam Pedas


BAHANNYA

1 ekor ayam

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

sedikit lengkuas sedikit halia

2 tangkai cili kering

2 keping asam gelugur

garam serbuk perasa

sedikit budu


CARA MEMBUATNYA


ayam dipotong 12 dan dibersihkan. bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering dihiris/mayang. Masukkan ke dalam satu mangkuk, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit budu. Ramaskan bahan-bahan ini sehingga separuh lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi ayam, tambahkan air dan asam keping. Rebus sehingga ayam empuk dan naik bau.

Ayam Masak Lemak




Bahan-bahan



1 ekor ayam


3 biji cili merah


2 batang serai


1 labu bawang besar


1 keping asam gelugur
1 ¼ biji kelapa atau


1 peket santan serbuk ( 1 biji diambil santan, ¼ biji dijadikan kerisik)


20 biji cili api atau cili kering yang pedas


2.5 sm kunyit hidupGaram secukup rasa




Cara memasak


Ayam dipotong sesuka hati. Cili api, cili merah dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat, serai dititik dan bawang besar dimayang halus. Masukkan ayam dan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk, bawang yang telah dimyang, serai dan santan. Masaklah hingga mendidih. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisik, kacau hingga rata. Bila ayam telah empuk, masukkan garam secukup rasa.

Biskut Oat Coklat




Biskut Oat Coklat Cip
Bahan-bahan ( Dapat dalam 2 balang )


1 cawan butter
2 cawan tepung - kurangkan tepung, lebihkan oat
1 sk baking soda
1 cawan gula pasir halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat -diblender halus
12 oz coklat cip
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe)
1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
1 susu kecil esen vanilla


Cara-cara


Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi.Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak.

miela1975@gmail.com
013-4303292

Biskut Oat


Bahan-bahan ( 50-60biji )

200gm oat (kisar halus)
100gm gula halus
200gm tepung gandum + sedikit serbuk koko
200gm minyak sapi (di cairkan)
secubit garam
kuning telur (disapu di atas biskut)
kepingan oat sebagai hiasan(optional)

Cara-cara

Gaul sebati semua bahan kering
Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga boleh di uli menjadi doh...awas, tidak perlu di habiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai
terap dan sapukan kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka...
bakar dengan api 180c selama 20-25 min atau hingga masak
hasil tulisan
013-4303292

Biskut Badam Bercoklat


3 suku cawan gula icing


½ cawan marjerin


1 biji telur


tepung gandum secukupnya


badam biji secukupnya(bakar dalam oven)


badam hancur secukupnya


coklat cooking


mangkuk kertas kecil(hitam)




Cara membuatnya:


Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.